Sunday, 6 October 2013

Mulanya di sini,,,,




Alhamdulillah,,akhirnya bejaya juga aku buat blog sendiri walaupun byk sungguh "cobaan" dan "dugaan" yg dtg tanpa diundang utk buat blog ni..(ekeleh...kemain lagi alasan,pdahal xpandai buat blog xngaku : p),, terima kasih byk2 TUAN EMPUNYA BLOG yg kongsikan step by step cara nk buat blog ,semoga perkongsian dapat memberi kebaikan pada kita semua. Kepada sesiapa yang teringin nak mulakan dunia berblog ni tapi xtau cara, bleh la melayari http://www.seniaku.com/2012/03/macam-mana-nak-buat-blog-blogger.html yang menceritakan secara terperinci step by step membuat blog sendiri.

hehe,hepinya bukan main lagi bila dah ada blog sendiri.Almaklum bila umur dah meningkat ni,setiap apa yg dilalui rasa terlalu beharga utk dilupa dan kalau boleh rasa nak rekod je semua kenangan2 manis yang pernah berlaku dalam hidup..Kalau dah ada blog sendiri ni kira settle la problem rekod merekod ni...Alkisahnya dulu masa zaman sekolah berasrama di Kuantan, semua kenangan2 best aku rekod dalam diari ,siap ada kunci mangga bagai lagi pada buku diari 2(memang gelak sorang2 bila ingat balik zaman muda2 dulu),,tapi malangnya satu hari tiba2 diari 2 hilang entah kemana..kalau hilang silap tempat letak xpa,msalahnya diari hilang kena curi...sapa x marah diari kena curi??of coz..





Bila jumpa balik dah xdapat diselamatkan semua kenangan dan rahsia2 yang tersimpan rapi dalam diari 2 dah selamat pun dibaca oleh "si pencuri diari" tadi..kunci diari entah  kemana,mangga pun entah hilang kemana..tak tahulah siapa punya angkara,yg pastinya perempuan kerana diari tu dikembalikan di asrama puteri(aspuri)..sampai sekarang aku masih menanti ucapan maaf dari "si pencuri diari" yang secara tak jujurnya menceroboh diari kesayanganku itu..walaupun dah lama berlaku,aku akan  ingat sampai bila2...masih belum terlambat untuk memohon maaf..x g2??Tragedi ini telah menghilangkan semangat dan keinginan untuk aku memiliki diari yang baru...terhakislah kenangan2 manis yang berlaku bila musim silih berganti...ecehcehceh ;-p


Banyak faedahnya bila seseorang mempunyai blog sendiri antaranya adalah dapat berkongsi ilmu,bertukar pendapat,mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang lebih berfaedah, menambah kemahiran seiring kecanggihan teknologi dan baaaaaaaaaaaanyak lagi.Tujuan utama aku berblog ni antaranya adalah untuk:

-Berkongsi secebis ilmu yang aku ada disamping mencari ilmu baru.
-Mengisi masa lapang.
-Kalau harimau mati meninggalkan belang,,blogger mati meninggalkan apa???mestila blogger mati meninggalkan blognya yang akan jadi kenang-kenangan buat orang2 tersayang anak,cucu,cicit kalau sempat la kan dapat cicit,kawan-kawan dan lain2..hehe...Tapi mintak doa tak mau la mati awal sangat,belum cukup amal lagi ni Ya Allah.AMIN.

No comments:

Post a Comment