Sunday, 6 October 2013

Bersyukurlah..

Alhamdulillah kerana kita masih diberi nikmat untuk terus bernafas..cuba memperbaiki kekhilafan diri yang dirasakan terlalu banyak untuk diperbetulkan.

Walaupun kita kadangkala terleka untuk mengingatiNya,Allah tetap menganugerahkan kita kehidupan yang baik..Dia tidak menarik nikmat-nikmat yang dianugerahkanNya.Cuba bayangkan sekiranya nikmat udara ditarik hanya dalam masa lima minit oleh Allah,sudah tentu kita terkapai2 bagaikan nakhoda yang lemas ditengah lautan.Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang diberikan sehingga kadang-kadang kita terlalu leka dan alpa berada di zon selesa tanpa  mengucap syukur padaNya. Betapa bertuahnya kita dilahirkan sempurna, tinggal di bumi yang aman..tanpa kita sedari,ramai insan-insan lain yang tidak sebertuah kita yang punya tempat berteduh,dilahirkan sempurna,mempunyai cukup makanan dan pakaian.Walaupun sedemikian,mereka tetap bersyukur dengan nikmat seadanya yang telah diberikanNya kerana bagi mereka,hidup di dunia hanya sementara...lets say ALHAMDULILLAH,THANK YOU ALLAH :)


Sumber Imej2 di atas : Google Image

Menderma adalah salah satu cara  menzahirkan rasa syukur padaNya..
Bagi sesiapa yang berniat menghulurkan sebarang sumbangan kepada anak-anak yatim di Malaysia bolehlah layari link di atas untuk berhubung dengan pengurus rumah anak-anak yatim di kawasan berhampiran kawasan anda.Semoga segala sumbangan yang dihulurkan dapat dijadikan bekalan di Sana kelak..InsyaAllah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.” (Al-Baqarah: 83)

Jelaslah bahawa pahala bagi sesiapa yang berbuat baik atau memelihara anak yatim adalah sangat besar.Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum,pasti Allah SWT akan memasukkan ke dalam Syurga kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun."(Hadis Riwayat Tarmidzi)



Mulanya di sini,,,,




Alhamdulillah,,akhirnya bejaya juga aku buat blog sendiri walaupun byk sungguh "cobaan" dan "dugaan" yg dtg tanpa diundang utk buat blog ni..(ekeleh...kemain lagi alasan,pdahal xpandai buat blog xngaku : p),, terima kasih byk2 TUAN EMPUNYA BLOG yg kongsikan step by step cara nk buat blog ,semoga perkongsian dapat memberi kebaikan pada kita semua. Kepada sesiapa yang teringin nak mulakan dunia berblog ni tapi xtau cara, bleh la melayari http://www.seniaku.com/2012/03/macam-mana-nak-buat-blog-blogger.html yang menceritakan secara terperinci step by step membuat blog sendiri.

hehe,hepinya bukan main lagi bila dah ada blog sendiri.Almaklum bila umur dah meningkat ni,setiap apa yg dilalui rasa terlalu beharga utk dilupa dan kalau boleh rasa nak rekod je semua kenangan2 manis yang pernah berlaku dalam hidup..Kalau dah ada blog sendiri ni kira settle la problem rekod merekod ni...Alkisahnya dulu masa zaman sekolah berasrama di Kuantan, semua kenangan2 best aku rekod dalam diari ,siap ada kunci mangga bagai lagi pada buku diari 2(memang gelak sorang2 bila ingat balik zaman muda2 dulu),,tapi malangnya satu hari tiba2 diari 2 hilang entah kemana..kalau hilang silap tempat letak xpa,msalahnya diari hilang kena curi...sapa x marah diari kena curi??of coz..





Bila jumpa balik dah xdapat diselamatkan semua kenangan dan rahsia2 yang tersimpan rapi dalam diari 2 dah selamat pun dibaca oleh "si pencuri diari" tadi..kunci diari entah  kemana,mangga pun entah hilang kemana..tak tahulah siapa punya angkara,yg pastinya perempuan kerana diari tu dikembalikan di asrama puteri(aspuri)..sampai sekarang aku masih menanti ucapan maaf dari "si pencuri diari" yang secara tak jujurnya menceroboh diari kesayanganku itu..walaupun dah lama berlaku,aku akan  ingat sampai bila2...masih belum terlambat untuk memohon maaf..x g2??Tragedi ini telah menghilangkan semangat dan keinginan untuk aku memiliki diari yang baru...terhakislah kenangan2 manis yang berlaku bila musim silih berganti...ecehcehceh ;-p


Banyak faedahnya bila seseorang mempunyai blog sendiri antaranya adalah dapat berkongsi ilmu,bertukar pendapat,mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang lebih berfaedah, menambah kemahiran seiring kecanggihan teknologi dan baaaaaaaaaaaanyak lagi.Tujuan utama aku berblog ni antaranya adalah untuk:

-Berkongsi secebis ilmu yang aku ada disamping mencari ilmu baru.
-Mengisi masa lapang.
-Kalau harimau mati meninggalkan belang,,blogger mati meninggalkan apa???mestila blogger mati meninggalkan blognya yang akan jadi kenang-kenangan buat orang2 tersayang anak,cucu,cicit kalau sempat la kan dapat cicit,kawan-kawan dan lain2..hehe...Tapi mintak doa tak mau la mati awal sangat,belum cukup amal lagi ni Ya Allah.AMIN.