Walaupun kita kadangkala terleka untuk mengingatiNya,Allah tetap menganugerahkan kita kehidupan yang baik..Dia tidak menarik nikmat-nikmat yang dianugerahkanNya.Cuba bayangkan sekiranya nikmat udara ditarik hanya dalam masa lima minit oleh Allah,sudah tentu kita terkapai2 bagaikan nakhoda yang lemas ditengah lautan.Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yang diberikan sehingga kadang-kadang kita terlalu leka dan alpa berada di zon selesa tanpa mengucap syukur padaNya. Betapa bertuahnya kita dilahirkan sempurna, tinggal di bumi yang aman..tanpa kita sedari,ramai insan-insan lain yang tidak sebertuah kita yang punya tempat berteduh,dilahirkan sempurna,mempunyai cukup makanan dan pakaian.Walaupun sedemikian,mereka tetap bersyukur dengan nikmat seadanya yang telah diberikanNya kerana bagi mereka,hidup di dunia hanya sementara...lets say ALHAMDULILLAH,THANK YOU ALLAH :)
Sumber Imej2 di atas : Google Image
Menderma adalah salah satu cara menzahirkan rasa syukur padaNya..
Bagi sesiapa yang berniat menghulurkan sebarang sumbangan kepada anak-anak yatim di Malaysia bolehlah layari link di atas untuk berhubung dengan pengurus rumah anak-anak yatim di kawasan berhampiran kawasan anda.Semoga segala sumbangan yang dihulurkan dapat dijadikan bekalan di Sana kelak..InsyaAllah.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin.” (Al-Baqarah: 83)
Jelaslah bahawa pahala bagi sesiapa yang berbuat baik atau memelihara anak yatim adalah sangat besar.Dalam sebuah hadis daripada Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Orang yang memelihara anak yatim dalam kalangan umat Muslimin, memberinya makan dan minum,pasti Allah SWT akan memasukkan ke dalam Syurga kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampun."(Hadis Riwayat Tarmidzi)







